Sunday 10 March 2013

TAHNIAH!
ANDA AKAN MENJADI PENAIP TERPANTAS
DI KAWASAN ANDA!!
 

Mahukah anda menjadi seorang penaip yang pantas dalam masa 14 hari dari sekarang? Anda boleh menjadi seorang penaip yang pantas, sepantas yang anda inginkan. Ya! Sepantas yang anda inginkan. Hanya teknik ini sahaja yang dapat menentukan kejayaan anda itu. Sebab itulah kami tawarkan "Teknik Menaip Pantas Dalam Masa 14 Hari" ini kepada anda. Satu-satunya teknik yang terbukti berkesan untuk mencapai cita-cita anda untuk menjadi seorang penaip yang pantas. Sepantas yang anda mahukan.

Teknik ini telah diolah dan dipertingkatkan keupayaannya agar sasaran 14 hari itu dapat anda capai dengan mudah. Begitu mudah, malah budak sekolah rendah pun mampu melakukannya. Ya benar! Budak sekolah pun mampu melakukannya asalkan mereka pandai membaca dan menulis sahaja. Jika budak sekolah pun mampu melakukannya, apatah lagi anda yang telah dewasa dan lebih banyak pengetahuan dan pengalaman daripada mereka.

Cita-cita anda untuk menjadi seorang penaip yang pantas akan dapat tercapai dengan mudah sekiranya anda mahu memiliki "Pakej Menaip Pantas" ini yang meliputi 3 ebook utama iaitu ebook "Teknik Menaip Pantas Dalam Masa 14 Hari", ebook "Panduan 14 Hari "Touch Typing"" dan ebook "Latihan Intensif 14 Hari Secara On Screen" yang ekslusif daripada kami. Anda malah akan diberikan 2 ebook bonus iaitu ebook bertajuk "26 Key Typing Tutorial" dan "Typing Without Repetitive Strain".

Bayangkan betapa mudahnya anda menyiapkan kerja-kerja pejabat atau asignment-asignment kolej anda nanti setelah mempelajari dan menguasai teknik ini. Semuanya akan anda lakukan dengan sangat pantas. Kami yakin anda akan menjadi seronok untuk bekerja dan menyiapkan kerja-kerja yang melibatkan penaipan. Urusan taip-menaip bukan lagi satu masalah bagi anda. Jika dulu anda hanya dapat menyiapkan asignment anda dalam masa 2 minggu, kini anda boleh menyiapkannya dalam masa 2 hingga 3 hari sahaja. Alangkah seronoknya! Kawan-kawan sepejabat atau teman sekelas tentu merasa amat hairan, merasa teruja, kagum dan cemburu dengan kebolehan anda. Itulah kepuasan yang anda akan perolehi dengan mempelajari teknik ini.

Melihat betapa pantasnya jari-jemari anda menekan butang keyboard di komputer akan membuat kawan-kawan anda terpegun tak terkata. Bagaimana anda boleh menaip dengan begitu tenang namun amat pantas sekali. Malah anda tidak perlu melihat pun huruf-huruf, angka atau tanda apa yang ada di butang keyboard itu, seolah-olah anda memiliki mata tambahan di setiap hujung 10 jari anda. Setiap jari boleh bergerak dengan sendirinya. Tidakkah itu menghairankan? Itulah yang akan terjadi pada anda nanti setelah anda mempelajari teknik ini. Dan teknik ini boleh anda kuasai dalam masa sesingkat 14 hari sahaja sekiranya anda biasa menggunakan komputer. Percayalah!



JOM MENJADI PENAIP PANTAS
DALAM MASA 14 HARI
DARI SEKARANG !!




Menurut sejarah dunia, terdapat 5 orang yang terkenal sebagai penaip yang terpantas pada zaman masing-masing. Dan mereka adalah:-

1. Cortez W. Peter Jr - 1943 - Dengan kelajuan menaip 297 pps (patah perkataan seminit).


 

2. Stella Pajunas - 1964 - Dengan kelajuan menaip 216 pps.

 

3. Barbara Blackburn - 1985 - Dengan kelajuan 212 pps (Beliau telah direkodkan ke dalam The Guinness Book Of World Records" edisi ke-23).

 

4. Cortez W. Peter Sr - 1942 - Dengan kelajuan menaip 180 pps.

 

5. Frank Edward McGurrin - 1878 - Dengan kelajuan menaip 125 pps (Beliau adalah orang pertama yang mempopularkan "Teknik Touch Typing" iaitu teknik menaip menggunakan deria sentuhan).

 

Satu-satunya cara sebenar untuk mampu menjadi seorang penaip yang pantas adalah dengan menguasai teknik yang dinamakan sebagai Teknik Touch Typing. Melalui teknik ini, seseorang akan diajar untuk menjadi penaip pantas dengan penumpuan diberikan terhadap deria sentuhan (pada jari-jari), dan bukannya deria penglihatan (pada mata).

Mahukah anda menjadi salah seorang daripada penaip yang terpantas? Atau sekurang-kurangnya menjadi penaip yang cukup pantas untuk melakukan tugas-tugas pejabat anda?

Jika ya! Ini adalah satu-satunya peluang yang anda ada, dan mungkin anda tidak akan menemuinya di mana-mana pun selepas ini.

Cepat! Miliki Pakej Menaip Pantas Sekarang!



PAKEJ MENAIP PANTAS :
3 EBOOK UTAMA (RM30)



 
1). TEKNIK MENAIP PANTAS DALAM MASA 14 HARI

Ebook ini merupakan produk utama yang terdapat di website ini, ia mempunyai 373 muka surat kesemuanya. Ebook ini meliputi segala-galanya berkaitan dengan dunia penaipan pantas, penuh dengan penjelasan terperinci beserta dengan gambar-gambar yang berkaitan. Bermula dengan memperkenalkan pelbagai rekabentuk papan kekunci, jenis yang paling biasa digunakan, bebutang yang paling asas, seterusnya sejarah kewujudan mesin taip secara kronologi.

Kemudian, anda akan diperkenalkan dengan jenis papan kekunci yang dinamakan QWERTY, mengenal penaip-penaip terpantas dunia (mengikut sejarah) dan seterusnya mengetahui bagaimanakah postur yang betul ketika mengadap komputer (semasa menaip). Dalam tajuk berkaitan dengan "postur" ini, fokus akan diberikan terhadap mata manusia, sudut dan darjah, aras dan jarak, sendi-sendi yang terlibat serta permukaan posterior tubuh badan manusia.

Seterusnya, anda akan diperkenalkan dengan Teknik "Touch Typing" iaitu satu-satunya teknik sebenar untuk mampu menjadi seorang penaip yang sangat pantas. Serba-serbi yang perlu anda ketahui berkenaan dengannya akan dijelaskan termasuklah sejarahnya, bagaimana ia dilakukan dan 6 perkara utama untuk menguasai teknik tersebut. Kemudian, anda akan diajar tentang "Posisi 10 Jari" iaitu peraturan wajib untuk setiap penaip pantas yang meliputi 4 perkara penting. Dan anda juga akan dibawa sepintas lalu untuk mengetahui "do & don't" semasa melakukan tugas menaip.

Akhirnya, anda akan sampai ke tajuk yang paling penting iaitu "Latihan Intensif 14 Hari Menggunakan Teknik "Touch Typing"" yang bakal menjelaskan sejelas-jelasnya bagaimana latihan tersebut dilakukan... hari demi hari... langkah demi langkah, beserta dengan gambar posisi jejari yang diambil melalui kamera digital.

Sebagai penutup, tajuk "Senaman Ringkas" telah disertakan. Ia meliputi senaman ringkas leher dan muka, bahu dan lengan, pergelangan tangan dan jari-jari, belakang badan dan pinggang, serta kaki dan pergelangan kaki.



 
2). PANDUAN 14 HARI "TOUCH TYPING"
 
Ebook ini hanya fokus terhadap tajuk “Latihan Intensif 14 Hari Menggunakan Teknik "Touch Typing”” yang terdapat di dalam ebook terdahulu iaitu ebook “Teknik Menaip Pantas Dalam Masa 14 Hari”. Ebook tersebut adalah setebal 373 muka surat, terlalu tebal jika dicetak (print) dan di bawa ke mana-mana sebagai rujukan anda. Jadi, saya telah mengabaikan (delete) isi kandungan yang lain dan mengambil satu tajuk yang terpenting sahaja sebagai isi kandungan ebook kedua ini. Walaupun masih agak tebal, namun sekurang-kurangnya ketebalannya telah pun dikurangkan. Ia mungkin berguna untuk anda yang lebih gemar mencetak dan membaca buku fizikal daripada membaca ebook/ buku digital (yang hanya boleh dibaca melalui komputer atau telefon pintar).

Ebook ini akan menjelaskan segala-galanya apa yang sepatutnya anda lakukan dalam tempoh latihan intensif selama 14 hari tersebut. Walaupun saya sebutkan “14 hari”, namun usah dirisaukan kerana “14 hari” yang dinyatakan di sini semata-mata merupakan cadangan sahaja dan ia bukanlah sesuatu yang wajib diikuti. Jadi, latihkan jari-jari anda untuk menguasai teknik “Touch Typing” ini selama mana pun yang anda suka dan sekadar mana yang termampu. Ingat! Jangan memaksa diri sendiri, lebih-lebih lagi jika anda seorang pemula (beginner) dalam soal taip-menaip.

Ebook ini akan menceritakan dan menjelaskan secara terperinci apa yang harus dilakukan, hari demi hari... langkah demi langkah, beserta dengan gambar posisi jari-jari (di atas papan kekunci) yang diambil melalui kamera digital. Dengan bantuan gambar-gambar berkualiti ini, ia akan memudahkan anda untuk memahami tata-letak jejari anda yang sepatutnya semasa melakukan latihan menaip nanti.


 
3). LATIHAN INTENSIF 14 HARI SECARA ON-SCREEN

Ini adalah ebook yang bakal anda gunakan untuk melakukan latihan intensif selama 14 hari nanti. Ebook yang ringkas, namun penuh dengan latihan-latihan intensif. Walaupun disebutkan "intensif", namun usah dirisaukan kerana tahap intensifnya adalah berdasarkan pencapaian anda ketika itu. Maknanya, anda akan bermula dengan senang dan akan mengakhirinya dengan senang juga. Kerana setiap 1 hari latihan (hari demi hari) adalah berdasarkan kemampuan anda setakat hari itu juga. Awas! Jangan melangkaui (skip) latihan-latihan yang diberikan sekiranya ingin tetap berada dalam keadaan "senang".

Ebook ini adalah dalam format word. Jadi, anda boleh "save" pada bila-bila masa setelah siap melakukan latihan. Dan di keesokan harinya, anda boleh terus menyambung latihan anda bermula dari tempat yang anda telah save itu. Anda juga boleh mencetak ebook ini menjadikannya buku fizikal sekiranya anda mahu, mengikut keselesaan anda.

Setelah anda menamatkan latihan-latihan yang terdapat di dalam ebook ini (secara tertib dan mengikut panduan), maka bermulalah hidup anda sebagai seorang penaip yang pantas. Selamat berjaya!!


BONUS !! :
2 EBOOK PERCUMA


 
1). 26 KEY TYPING TUTORIAL 

Sebuah ebook berbahasa Inggeris yang mempunyai 79 muka surat. Mempunyai sistem pembelajaran menaip pantas yang agak klasik, namun tetap boleh digunakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda. Juga disertakan dengan lukisan- lukisan yang berkaitan. Mempunyai latihan-latihan yang ringkas tanpa menetapkan bilangan hari untuk menamatkannya. Penekanan diberikan terhadap 26 kekunci huruf dan bebutang tanda-tanda yang sering digunakan semasa menaip. Berguna sebagai latihan tambahan setelah anda menamatkan latihan-latihan yang terdapat di dalam ebook "Latihan Intensif 14 Hari Secara On-Screen".


 
2). TYPING WITHOUT REPETITIVE STRAIN 

Sebuah ebook berbahasa Inggeris yang mempunyai 55 muka surat. Menekankan kaedah menaip dengan betul tanpa sebarang tekanan untuk mengelakkan kecederaan. Mengajar penaip bagaimana untuk mengurangkan risiko Carpo Syndrome atau RSI (Repetitive Strain Injury). Dipenuhi dengan senaman-senaman ringkas dari lengan, pergelangan tangan dan jari-jari penaip. Mengajak anda untuk mengetahui postur-postur yang sepatutnya semasa menaip untuk penaipan yang lancar tanpa menyentuh berkenaan dengan tutorial menaip secara terus.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *




 


 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *