Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang selalu ditanya oleh pelawat-pelawat website ini:-
 

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ebook? Bolehkah anda terangkan sedikit?

Jawapan:
Ebook bermaksud buku elektronik iaitu buku yang hanya boleh dibuka (dibaca) menggunakan komputer atau telefon pintar. Selalunya, ebook ditulis dalam format Microsoft Word dan kemudiannya ditukarkan ke format pdf. Untuk memudahkan download melalui internet, ebook dalam format pdf ini selalunya akan ditukarkan ke format zip atau rar.

Namun, untuk tidak memeningkan anda (sebagai pembeli), melalui website ini kami akan mengedarkan ebook-ebook dalam format pdf sahaja. Sementara 1 ebook untuk latihan intensif adalah dalam format doc (word).

Walaupun ebook hanya boleh dibuka (atau dibaca) melalui komputer atau telefon pintar, namun ia boleh dicetak terus dari komputer sekiranya anda memiliki mesin pencetak (printer). Setelah dicetak, anda bolehlah menyusunnya mengikut muka surat dan seterusnya melakukan "binding". Maka, ia akan menjadi seperti buku fizikal yang boleh dibawa ke mana-mana.



2. B
agaimanakah caranya untuk saya dapat membeli "Pakej Menaip Pantas" dan sekaligus mendapatkan "18 Bonus Percuma" tersebut?

Jawapan: Jika anda membeli (membayar sebanyak RM30 - melalui Maybank), secara automatiknya anda telah pun membayar untuk kesemua produk- produk berikut:-

1. Pakej Menaip Pantas: 3 Ebook Utama (RM30) yang mengandungi:-

 - Ebook "Teknik Menaip Pantas Dalam Masa 14 Hari",
 - Ebook "Panduan 14 Hari "Touch Typing", dan..
 - Ebook "Latihan Intensif 14 Hari Secara On-Screen".

2. Bonus!!: 2 Ebook Percuma yang mengandungi:-

 - Ebook "26 Key Typing Tutorial", dan..
 - Ebook "Typing Without Repetitive Strain".

Jadi, kesemua produk-produk di atas akan menjadi milik anda hanya dengan melakukan pembayaran sebanyak RM30 sahaja. Harap maklum!


3. Selepas saya membuat pembayaran, berapa lamakah saya perlu menunggu? Bolehkah saya menerima pesanan tersebut dengan cepat? Berapa lamakah masa yang diambil untuk anda menghantar pesanan saya?

Jawapan:
Walaupun kami menulis bahawa anda akan menerima produk-produk Menaip Pantas dalam masa 1 atau 2 hari (24 atau 48) jam, namun kebanyakan pembeli akan menerima produk-produk tersebut hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja, malah ada yang menerimanya secepat 10 hingga 20 minit sahaja.

Agar pesanan anda boleh saya uruskan dengan pantas, anda harus memaklumkan dengan segera (sebaik sahaja pembayaran dibuat) kepada saya melalui cara berikut:-


    WhatsApp ke nombor 012-8487841 (Suhadi Sahari) atau..
    SMS ke nombor 011-25000633 (Suhadi Sahari)


Maklumat-maklumat yang saya perlukan adalah:-

  1. Nama anda
  2. Email anda
  3. Tujuan bayaran dibuat (contoh: Membeli ebook-ebook Pakej Menaip Pantas)
  4. Jumlah keseluruhan yang anda telah bayar
  5. WhatsApp atau SMS-kan bukti pembayaran.


4. Sejak bilakah penulis (saudara Suhadi Sahari) mula mempraktikkan teknik menaip pantas ini? Berapa lamakah penulis telah menguasai teknik ini?

Jawapan:
Penulis pernah mengikuti kursus asas menaip setelah tamat tingkatan 5 iaitu pada tahun 1989. Namun, pada waktu itu kemahiran tersebut tidaklah dapat dimajukan kerana faktor zaman. Iaitu zaman tersebut bukanlah seperti zaman sekarang yang semuanya serba-serbi memerlukan kemahiran komputer (terutamanya). Mesin taip digunakan secara meluas pada zaman tersebut.

Sewaktu di tingkatan 6 bawah dan 6 atas (1990-1991), penulis masih tidak berpeluang mengasah kemahiran. Begitu juga sewaktu menuntut di kolej selama 3 tahun (1993-1995). Hanya setelah mula bekerja sebagai seorang pegawai kerajaaan (1996), barulah penulis kembali mempraktikkan teknik menaip yang pernah dipelajari. Iaitu setelah memiliki komputer sendiri.

Pepatah Inggeris, "Practice Makes Perfect" sememangnya ada benarnya. Ilmu (kemahiran) akan hilang secara beransur-ansur jika tidak diamalkan. Dan ilmu (kemahiran) juga akan menjadi bertambah mantap jika dipraktikkan selalu. Begitulah yang terjadi seterusnya sehingga beliau mampu mencipta teknik-teknik yang lebih baik, lebih berkesan dan lebih pantas daripada teknik asal. Kesemuanya ada diterangkan di dalam ebook-ebook Menaip Pantas yang akan anda miliki sebentar nanti.

Ringkasnya, beliau mula mempelajari teknik menaip seawal 1989, mula menguasai teknik tersebut pada tahun 1996 kerana rutin tugas harian. Mula memajukannya dan memantapkan teknik lewat tahun 1990-an (sekitar 1998-1999), seterusnya menjadikan beliau seorang penaip yang begitu pantas untuk hari-hari berikutnya. Akhirnya, pada tahun (2010) beliau mula menulis teknik-teknik yang telah dimajukan itu dan mengedarkannya melalui website menaippantas.blogspot.com ini.


5. Berapa pantaskah penulis (saudara Suhadi Sahari) menaip? Apakah rekod menaip terpantas beliau?

Jawapan:
Pada mulanya beliau tidak berapa kisah dengan kelajuaan menaip tersebut. Yang dikisahkan adalah berapa pantas beliau boleh menyiapkan kerja-kerja persendirian dan kerja-kerja pejabat dengan kemahiran tersebut. Namun, untuk menguji diri sendiri agar mampu menjadi guru yang baik kepada pewaris-pewaris "Teknik Menaip Pantas" seterusnya, beliau telah melakukan ujian kepantasan untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Purata kelajuaan menaip beliau adalah 190-220 patah perkataan seminit. Rekod terpantas setakat ini adalah 249 patah perkataan seminit.

Rekod Terpantas Dunia:

1. Cortez W. Peter Jr - 1943 - Dengan kelajuan 297 pps.
2. Stella Pajunas - 1964 - Dengan kelajuan 216 pps.
3. Barbara Blackburn - 1985 - Dengan kelajuan 212 pps (Beliau telah direkodkan ke dalam "The Guinness Book Of World Records" edisi ke-23).
4. Cortez W. Peter Sr - 1942 - Dengan kelajuan 180 pps.
5. Frank Edward McGurrin - 1878 - Dengan kelajuan 125 pps (Beliau adalah orang pertama yang mempopularkan "Teknik Touch Typing" iaitu teknik menaip menggunakan deria sentuhan).


6. Benarkah teknik yang terdapat di dalam ebook ini membolehkan seseorang itu mampu menaip dengan pantas dalam masa 14 hari sahaja?

Jawapan:
Keupayaan seseorang untuk menguasai teknik menaip pantas sebenarnya bergantung kepada usaha orang itu sendiri. "14 Hari" sebagaimana yang dinyatakan di website ini bukanlah jaminan bahawa seseorang itu boleh menjadi seorang penaip yang pantas hanya dalam masa 14 hari sahaja selepas mempelajarinya. Ia adalah cadangan penulis semata-mata iaitu berdasarkan kajian dan pengalaman. Ia adalah tempoh latihan cadangan yang penulis sarankan melalui bukunya yang bakal anda miliki nanti.

"14 Hari" adalah tempoh yang dicadangkan oleh beliau (selaku penulis) untuk anda mempelajari segala asas yang perlu anda tahu untuk menjadi seorang penaip yang pantas. Dan setiap pengetahuan yang penting harus disertakan sekali dengan latihan yang sesuai. Bak kata pepatah, "Practise Makes Perfect".

Walaupun begitu, menurut kajian terhadap orang-orang yang pernah beliau latih. Sebahagian orang yang terlebih dahulu telah mengenal papan kekunci jenis QWERTY (papan kekunci standard) mampu menguasai teknik asas 14 hari ini hanya dalam tempoh 5 hingga 14 hari sahaja. Mula dapat menaip pantas untuk hari ke-15 dan seterusnya. Dan akan menjadi pantas setelah hari ke-30. Akhirnya, boleh menjadi penaip yang begitu pantas setelah 60 hari (terpulang kepada latihan).

Namun, seperti yang dinyatakan pada perenggan awal... "...untuk menguasai teknik menaip pantas sebenarnya bergantung kepada usaha orang itu sendiri". Ya! Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Anda boleh menjadi sepantas yang anda mahu dan anda boleh memilih sesingkat mana pula anda mahu menguasainya. Terpulang kepada anda. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Selamat berjaya! 



Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tidak serupa (tidak sama maksud) dengan soalan-soalan lazim di atas, sila WhatsApp atau SMS kami melalui nombor-nombor di bawah. Soalan-soalan anda itu akan dijawab oleh penulis "Pakej Menaip Pantas Dalam Masa 14 Hari" ini sendiri iaitu saudara Suhadi Sahari. Insyaallah! Terima kasih.



WhatsApp ke nombor 012-8487841 (Suhadi Sahari) atau..
SMS ke nombor 011-25000633 (Suhadi Sahari)