Tentang Penulis

Penulis "Pakej Menaip Pantas" (produk-produk utama) yang terdapat di dalam website ini adalah saudara Suhadi Sahari. Beliau adalah seorang kakitangan kerajaan dan beliau juga merupakan seorang penulis yang aktif. Kemahiran menaip pantas juga merupakan salah satu daripada kepakaran beliau. Purata kelajuaan menaip beliau adalah 190-220 patah perkataan seminit. Rekod terpantas setakat ini adalah 249 patah perkataan seminit. Dengan adanya ilmu pengetahuan tersebut, beliau merasakan bahawa sudah sampai masanya untuk menulis segala maklumat berkaitan dengan kemahiran tersebut (teknik menaip pantas) untuk kebaikan sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajarinya. Maka, wujudlah website yang dinamakan menaippantas.blogspot.com ini.

Penulis pernah mengikuti kursus asas menaip setelah tamat tingkatan 5 iaitu pada tahun 1989. Namun, pada waktu itu kemahiran tersebut tidaklah dapat dimajukan kerana faktor zaman. Iaitu zaman tersebut bukanlah seperti zaman sekarang yang semuanya serba-serbi memerlukan kemahiran komputer (terutamanya). Mesin taip digunakan secara meluas pada zaman tersebut.

Sewaktu di tingkatan 6 bawah dan 6 atas (1990-1991), penulis masih tidak berpeluang mengasah kemahiran. Begitu juga sewaktu menuntut di kolej selama 3 tahun (1993-1995). Hanya setelah mula bekerja sebagai seorang pegawai kerajaaan (1996), barulah penulis kembali mempraktikkan teknik menaip yang pernah dipelajari. Iaitu setelah memiliki komputer sendiri.

Pepatah Inggeris, "Practice Makes Perfect" sememangnya ada benarnya. Ilmu (kemahiran) akan hilang secara beransur-ansur jika tidak diamalkan. Dan ilmu (kemahiran) juga akan menjadi bertambah mantap jika dipraktikkan selalu. Begitulah yang terjadi seterusnya sehingga beliau mampu mencipta teknik-teknik yang lebih baik, lebih berkesan dan lebih pantas daripada teknik asal. Kesemuanya ada diterangkan di dalam ebook-ebook "Menaip Pantas" yang akan anda miliki sebentar nanti.

Ringkasnya, penulis mula mempelajari teknik menaip seawal 1989, mula menguasai teknik tersebut pada tahun 1996 kerana rutin tugas harian. Mula memajukannya dan memantapkan teknik lewat tahun 1990-an (sekitan 1998-1999), seterusnya menjadikan beliau seorang penaip yang begitu pantas untuk hari-hari berikutnya. Akhirnya, pada tahun ini (2010) beliau mula menulis teknik-teknik yang telah dimajukan itu dan mengedarkannya melalui website menaippantas.blogspot.com ini.

Harapan beliau adalah semoga melalui perkongsian maklumat ini, ia boleh membimbing anda (para pembaca) agar mampu menjadi seorang penaip yang benar-benar pantas di kemudian hari. Segala-galanya telah beliau jelaskan secara terperinci di dalam ebook "Teknik Menaip Pantas Dalam Masa 14 Hari" yang setebal 373 muka surat. Jadi, terpulang kepada diri anda dan usaha anda sendiri yang menentukan sejauh mana pencapaian anda selanjutnya. Untuk mempercepatkan pencapaian anda, amalkanlah apa yang telah diajarkan ke dalam kehidupan dan tugas seharian anda. Lupakanlah teknik-teknik yang lama seperti teknik 2 jari dan seumpamanya. Ia tidak akan membawa anda ke mana-mana, malah akan membazir banyak masa beharga anda.

Bermula dari sekarang, ubah teknik anda. Gunakanlah Teknik “Touch Typing” seperti yang diajarkan dan gunakanlah kesemua 10 jari yang ada pada anda untuk menjadi penaip yang pantas... sepantas yang anda inginkan. Ya! Sepantas yang anda inginkan, hanya kekerapan latihan yang bakal menentukan pencapaian anda yang selanjutnya. Practice Makes Perfect!

Selamat maju jaya! Selamat menjadi penaip terpantas di masa hadapan!!

Sekian.
Wasalam.